SALAM PERTAMA SALAM PERKENALAN SALAM 1 MALAYSIA...

Assalamualaikum w.b.t...

     Di zaman serba moden dan canggih ini, saya ingin merebut peluang untuk memanfaatkan kemudahan yang ada untuk berkongsi segala ilmu yang saya ada agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Tercetusnya idea untuk saya menghasilkan blog ini adalah kerana saya dapati begitu sukar untuk saya mendapatkan maklumat dan bahan pendidikan di internet. Maka saya berfikir sejenak... sampai bila saya ingin menumpang dan mendapatkan bahan daripada orang lain? Tidak mampukah saya menyediakan bahan sendiri...

     Sistem pendidikan kini, ke arah pelaksaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Sistem ini sekiranya diteliti dan dilaksanakan dengan betul sangat bermanfaat dan dapat meningkatkan kemajuan pendidikan negara kita... Namun sekiranya disalah erti dan tidak faham dengan pelaksanaan PBS yang sebenar akan mencemarkan kebaikan sistem ini...

     Tidak dinafikan guru-guru kini tiada ruang dan masa yang mencukupi untuk menyediakan bahan yang baik... Untuk itu, saya membuat blog ini dengan harapan agar dapat berkongsi serba sedikit ilmu dan bahan dengan guru-guru di seluruh negara...

     Semoga segala bahan yang disediakan dapat membantu para guru... Segala kekurangan dan sekiranya ada bahan yang salah harap rakan guru dapat maklumkan kepada saya... Saya mohon maaf juga sekiranya ada bahan yang mungkin sama atau hampir sama dengan bahan tuan, puan... Saya tidak berniat untuk meniru mana-mana pihak... Cuma sangat berharap dapat membantu para guru yang memerlukan dan dapat meringankan beban guru masa kini.

     Sekian...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Panduan Pengisian Data Murid ke APDM

Come Back!!