Teks Pengacara Majlis
MAJLIS
PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR TAHUN 2013
BIL
|
PENGACARA
|
SKRIP
|
1
|
FAIZUL
|
Diumumkan ketibaan Yang Dihormati
Kemaman.
Hadirin diminta berdiri.
Seterusnya, kita akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu
:
Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Sekolah….
Semua hadirin diminta bersedia.
(lagu)
Hadirin dipersilakan duduk.
|
2
|
SUZI
|
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM,
ALHAMDULILAH HIRABBI AALAMIN ASSOLATUASOLAMUALA ASRAFI
AMBIAIWALMURSALIN WAALAALIHI WASAHBIHIAJMAIN.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA.
Yang Dihormati
Kemaman.
Yang Berusaha Tn Hj Mazlan bin Ahmad, Pengetua SMK
Ceneh Baru.
Yang Berusaha En Mohd Saberi bin Salleh, Guru
Penolong Kanan 1, En Mohd Abdillah bin
Taha, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Tn. Hj Kamarudin bin Yob, Guru Pen. Kanan Kokurikulum,Ketua-Ketua
Bidang, guru-guru, para pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing
rakan sebaya dan pengawas SPBT serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Sekali lagi,
dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
berhimpun dalam Majlis Pelantikan Kepimpinan Murid SMK Ceneh Baru bagi tahun
2014.
Untuk
pengetahuan hadirin, pada hari ini, seramai orang pemimpin yang terdiri daripada pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, serta pembimbing rakan sebaya akan
menerima watikah masing-masing.
Upacara yang
penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan keempat-empat
sayap penting sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang akan dipikul
oleh mereka.
Para hadirin
sekalian,
Semoga majlis
ini akan mengeratkan silaturrahim antara kita dan seterusnya mendapat
keberkatan daripada Allah jua.
Untuk itu, bagi
memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Hassan bin Mohd Nor untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan…
|
3
|
FAIZUL
|
Amin...amin ya rabbal a’lamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Hassan bin Mohd Nor atas bacaan
doa itu tadi.
Hadirin hadirat yang dimuliakan …
Majlis
seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tn
Hj Mazlan bin Ahmad, Pengetua SMK Ceneh Baru untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan …
(ucapan aluan Pengetua)
|
4
|
SUZI
|
Majlis
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan
alu-aluan itu tadi.
Kini,
tibalah masa yang ditunggu-tunggu, majlis mempersilakan
Kemaman untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Pelantikan Kepimpinan Murid bagi Tahun 2014.
Majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan …
(ucapan perasmian)
|
5
|
FAIZUL
|
Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang dihormati atas ucapan dan
perasmian Majlis Pelantikan Kepimpinan Murid Sek. Men. Keb. Ceneh Baru bagi
Tahun 2014 itu tadi.
Hadirin,
hadirat yang dimuliakan ...
Majlis
diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan Ketua Pelajar serta pengawas
sekolah. Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha Tn Hj Mazlan bin Ahmad bagi mengiringi
Yang Dihormati
bagi
menyempurnakannya.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan …
|
6
|
SUZI
|
Majlis
mempersilakan Norsheilawati binti
Ismail, Ketua Pelajar SMK Ceneh Baru untuk menerima watikah. Dipersilakan
pula, Mohd Zulkifli bin Md Hassan
selaku Penolong Ketua Pelajar untuk menerima watikah.
Seterusnya
Dipersilakan
pula
Dan yang
terakhir ...
|
7
|
FAIZUL
|
Majlis diterusnya
dengan penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Dipersilakan Izatul
Shafiqah binti Shamsudin selaku pengerusi PSS untuk menerima watikah. Dipersilakan
pula Muhamad Izzuddin Hazimi bin Zaidi selaku naib pengerusi PSS.
Seterusnya
dipersilakan;;
|
8
|
SUZI
|
Majlis
diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada pembimbing rakan sebaya
Dipersilakan Hafizuddin
bin Tajudeen selaku pengerusi PRS untuk menerima watikah dan Fatin Izzati
binti Mohd Fuzairy selaku naib pengerusi PRS.
Seterusnya;
Dan yang
terakhir ...
|
9
|
FAIZUL
|
Majlis
diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas SPBT
Dipersilakan Che
Nor Fatihah binti Che Abdullah selaku pengerusi SPBT untuk menerima watikah
dan Aliffah Hanis Farhana binti Suhaidi selaku naib pengerusi SPBT.
Seterusnya dipersilakan
Dan yang
terakhir
(senarai nama pelajar)
|
10
|
SUZI
|
Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada
kerana sudi menyempurnakan majlis penyerahan
watikah itu tadi.
Majlis
diteruskan dengan bacaan ikrar. Untuk itu, majlis mempersilakan Norsheilawati binti Ismail, Ketua Pelajar
SMK Ceneh Baru untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan ...
(bacaan ikrar)
|
11
|
FAIZUL
|
Terima kasih
diucapkan kepada Norsheilawati binti Ismail atas bacaan
ikrar itu tadi.
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Mohd Abdillah bin
Taha, Guru Pen. Kanan Hal-Ehwal Murid untuk mengiringi Yang Berusaha Tn Hj
Mazlan bin Ahmad, Pengetua SMK Ceneh Baru, untuk menyampaikan cenderamata
kepada perasmi.
Dengan segala
hormatnya dipersilakan………..
Seterusnya,
majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Dihormati
Kemaman, untuk menerima cenderamata.
Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan…………
|
12
|
SUZI
|
Terima kasih
diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan cenderamata
sebentar tadi…..
Demikianlah
tadi berakhirnya Majlis Pelantikan Kepimpinan Murid SMK Ceneh Baru Tahun 2014.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin kerana sudi hadir ke
majlis pada pagi ini.
Seterusnya
majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Mazlan bin Ahmad, Pengetua SMK Ceneh
Baru, mengiringi Yang Dihormati
Kemaman, serta jemputan
untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin sekolah.
Dengan segala
hormatnya dipersilakan …
Melati kuntum
tumbuh melata,
Sayang merbah
di pohon jati,
Sampai sudah ke
penghujung acara,
Tahun depan
kita bersua lagi.
Assalamualaikum
WRT dan salam sejahtera…
|
mohon share
BalasPadamsilakan kak...
Padamterbaik cikgu ..
BalasPadamMohon guna
BalasPadamAssalamualaikum tuan, mohon kebenaran jadikan rujukan. Terima kasih.
BalasPadamtq krn berkongsi..mohon guna
BalasPadammohon guna.tkasih
BalasPadammohon guna
BalasPadam