MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR TAHUN 2015

BIL
PENGACARA
SKRIP

1

WAN

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Inspektor Nor Zedy bin Mohd Nor, Pegawai Perhubungan Sekolah Menengah IPD Kemaman.

Hadirin diminta berdiri.

Seterusnya, kita akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu :
Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Sekolah….
Semua hadirin diminta bersedia.



                                                         (lagu)
Hadirin dipersilakan duduk.

2
SUZI
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, ALHAMDULILAH HIRABBI AALAMIN     ASSOLATUASOLAMUALA ASRAFI AMBIAIWALMURSALIN WAALAALIHI WASAHBIHIAJMAIN.

Buah pauh si bunga rampai,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi,
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah berseri.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA.


3
WAN
Yang Dihormati Inspektor Nor Zedy bin Mohd Nor, Pegawai Perhubungan Sekolah Menengah IPD Kemaman,
Yang dihormati                                              Pegawai Polis Bahagian Jenayah,
Yang dihormati Sarjan Md Noor bin Hamid, Pegawai Polis Bahagian Trafik.
           
Yang Berusaha Tn Hj Abdul Halim bin Muda, Pengetua SMK Ceneh Baru.

Yang Berusaha En Mohd Saberi bin Salleh, Guru Penolong Kanan 1,
En Mohd Abdillah bin Taha, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Tn. Hj Kamarudin bin Yob, Guru Pen. Kanan Kokurikulum, Ketua-Ketua Bidang, Kaunselor, guru-guru, para pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, pengawas SPBT, pengawas koperasi, ketua dan penolong ketua kelas serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berhimpun dalam Majlis Pelantikan Kepimpinan Murid SMK Ceneh Baru bagi tahun 2015.

4
SUZI
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pada hari ini, seramai 208 orang pemimpin yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, pengawas SPBT, pengawas koperasi, ketua serta penolong ketua kelas akan menerima watikah masing-masing.

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan kesemua sayap penting sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang akan dipikul oleh mereka.

Para hadirin sekalian,
Semoga majlis ini akan mengeratkan silaturrahim antara kita dan seterusnya mendapat keberkatan daripada Allah jua.

Untuk itu, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Hassan bin Mohd Nor untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan…

5
WAN
Amin...amin ya rabbal a’lamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Hassan bin Mohd Nor atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Sekapur sireh tiada berharta,
Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Hadirin hadirat yang dimuliakan …
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Abdul Halim bin Muda, Pengetua SMK Ceneh Baru untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan …
                                           (ucapan aluan Pengetua)
6
SUZI
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, majlis mempersilakan
Yang Dihormati Inspektor Nor Zedy bin Mohd Nor,
Pegawai Perhubungan Sekolah Menengah IPD Kemaman

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Pelantikan Kepimpinan Murid bagi Tahun 2015.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan …

(ucapan perasmian)
7
WAN
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Inspektor Nor Zedy bin Mohd Nor atas ucapan dan perasmian Majlis Pelantikan Kepimpinan Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh Baru bagi Tahun 2015 itu tadi.

Hadirin, hadirat yang dimuliakan ...

Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan Ketua Pelajar serta
PENGAWAS SEKOLAH.

Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha Tn Hj Abdul Halim bin Muda bagi mengiringi Yang Dihormati Inspektor Nor Zedy bin Mohd Nor bagi menyempurnakannya.

Dengan segala hormatnya dipersilakan …




8
SUZI
Majlis mempersilakan Khairul Nizam bin Zakaria, Ketua Pelajar SMK Ceneh Baru untuk menerima watikah.

Dipersilakan pula, Masyahirah Nur Atiqah binti Mat Hassan selaku Penolong Ketua Pelajar untuk menerima watikah.

Seterusnya dipersilakan...

(rujuk senarai nama PENGAWAS SEKOLAH)

Dipersilakan pula...

(rujuk senarai nama PENGAWAS SEKOLAH)

Dan yang terakhir ...

(rujuk senarai nama PENGAWAS SEKOLAH)

9
WAN
Para hadirin sekalian,

Majlis diterusnya dengan penyampaian watikah pelantikan kepada
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH.

Dipersilakan Izatul Shafiqah binti Shamsudin selaku pengerusi PSS untuk menerima watikah. Dipersilakan pula Mohd Fitri Hafiz bin M. Zamzuri selaku naib pengerusi PSS.

Seterusnya dipersilakan...
(rujuk senarai nama PENGAWAS PSS)

Dipersilakan pula...
(rujuk senarai nama PENGAWAS PSS)

Dan yang terakhir ...
(rujuk senarai nama PENGAWAS PSS)

10
SUZI
Seterusnya ialah penyampaian watikah pelantikan kepada
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA.

Dipersilakan Nor Hayati binti Hussin selaku pengerusi PRS untuk menerima watikah dan Ruqaiyatulasma binti Mohamad selaku naib pengerusi PRS.

Seterusnya dipersilakan...

(rujuk senarai nama PRS)

Dipersilakan pula...

(rujuk senarai nama PRS)

Dan yang terakhir ...

(rujuk senarai nama PRS)

11
WAN
Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada
PENGAWAS SPBT.

Dipersilakan Che Nurul Salihah binti Ismail selaku pengerusi SPBT untuk menerima watikah dan Noor Aishahtun binti Abd Razak selaku naib pengerusi SPBT.

Seterusnya dipersilakan...

(rujuk senarai nama PENGAWAS SPBT)

Dipersilakan pula...

(rujuk senarai nama PENGAWAS SPBT)

Dan yang terakhir ...

(rujuk senarai nama PENGAWAS SPBT)
12
SUZI
Hadirin hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pelantikan kepada
PENGAWAS KOPERASI SEKOLAH.

Dipersilakan Wan Muhammad Khairul Shafiqzam bin Abdullah selaku pengerusi Koperasi Sekolah untuk menerima watikah dan Nurul Syuhada binti Shafie selaku naib pengerusi Koperasi Sekolah.

Seterusnya dipersilakan...
(rujuk senarai nama PENGAWAS KOPERASI SEKOLAH)

Dipersilakan pula...
(rujuk senarai nama PENGAWAS KOPERASI SEKOLAH)

Dan yang terakhir ...
(rujuk senarai nama PENGAWAS KOPERASI SEKOLAH)

13
WAN
Sekarang, majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada
KETUA DAN PENOLONG SETIAP KELAS.

Dipersilakan...

(rujuk senarai nama KETUA & PENOLONG)

Seterusnya dipersilakan...

(rujuk senarai nama KETUA & PENOLONG)

Dipersilakan pula...

(rujuk senarai nama  KETUA & PENOLONG)

Dan yang terakhir ...

(rujuk senarai nama  KETUA & PENOLONG)
14
SUZI
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada  Inspektor Nor Zedy bin Mohd Nor kerana sudi menyempurnakan majlis penyerahan watikah itu tadi.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar para pemimpin sekolah. Untuk itu, majlis mempersilakan Khairul Nizam bin Zakaria, Ketua Pelajar SMK Ceneh Baru untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan ...


                                                            (bacaan ikrar)

Terima kasih diucapkan kepada Khairul Nizam bin Zakaria atas bacaan ikrar itu tadi.






15
WAN
Sebagai tanda penghargaan, saya bagi pihak SMK Ceneh Baru mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Inspektor Nor Zedy bin Mohd Nor kerana sudi hadir selaku perasmi bagi menyempurnakan majlis pada hari ini.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha En Mohd Abdillah bin Taha, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid mengiringi
Yang Berusaha Tn Hj Abdul Halim bin Muda, Pengetua SMK Ceneh Baru, untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi.

Dengan segala hormatnya dipersilakan………..

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Dihormati Inspektor Nor Zedy bin Mohd Nor untuk menerima cenderamata.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan…………


16
SUZI
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi…..

Demikianlah tadi berakhirnya Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Kepimpinan Murid SMK Ceneh Baru Tahun 2015.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin kerana sudi hadir ke majlis pada pagi ini.

Seterusnya majlis mempersilakan
Yang Berusaha Tn Hj Abdul Halim bin Muda, mengiringi
Yang Dihormati Inspektor Nor Zedy bin Mohd Nor
untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin sekolah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan …



17
WAN
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, dengan pengisian 2 slot ceramah berkaitan Trafik dan Jenayah. Diharap semua guru dan pelajar dapat memberi perhatian dan kerjasama.

Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan Yang Dihormati Sarjan Md Noor bin Hamid, Pegawai Polis Bahagian Trafik selaku penceramah pertama pada pagi ini.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan...
(ceramah bahagian trafik)
18
SUZI
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Sarjan Md Noor bin Hamid atas ceramah berkaitan trafik itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan
Yang Dihormati
Pegawai Polis Bahagian Jenayah selaku penceramah kedua pada pagi ini.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan...
(ceramah bahagian jenayah)

19
WAN
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada

atas ceramah berkaitan trafik itu tadi. Diharap kita semua dapat mengambil iktibar.
Seterusnya, majlis mempersilakan para penceramah dan jemputan ke kantin sekolah bagi menikmati jamuan ringan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.
20
SUZI

Bunga seroja di atas cemara,
Jatuh sekuntum di atas para,
Apa yang kurang maaf dipinta,
Sudilah berkunjung di lain masa.

Bulan bintang di angkasa,
Sinar mentari di pagi hari,
Tamat sudah majlis kita,
Tahun depan pasti bersua kembali.

Assalamualaikum WRT dan salam sejahtera…


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Panduan Pengisian Data Murid ke APDM

Come Back!!